Monday, August 1, 2011

Kursus Pengurusan PPDa GPK HEM Negeri Terengganu (sambungan)

Dalam usaha untuk menambahbaikan pengurusan PPDa di sekolah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPDa) Kuala Terengganu telah mendedahkan dengan pekeliling-pekeling PPDa dan juga tips dan kaedah untuk mengenali atau mengecam individu yang terlibat dengan penyalahgunaan pil kuda. Pendedahan ini mendapat sambutan hangat peserta kerana sebelum ini tiada lagi pendedahan tentang kaedah sebegini yang diberikan secara langsung. Dalam usaha memperkasakan pengurusan bilik dan sudut/lorong sumber PPDa di sekolah, Encik Abdullah Sani bin Abdul Rahman telah dijemut untuk memberi berkongsi kejayaan JPN Pahang dalam mengungguli pertandingan di peringkat kebangsaan..............

Kursus Pengurusan PPDa GPK HEM Negeri Terengganu




Kursus ini diadakan bagi memperkasakan lagi pengurusan pendidikan pencegahan dadah di sekolah terutama sekolah menengah. Untuk itu seramai 60 orang peserta termasuk pegawai di Jabatan dan PPD seluruh negeri telah menghadiri kursus ini. Pada 10 hingga 12 Julai 2011, Seri Malaysia Temerloh telah menjadi tempat kursus pilihan Unit PPDa Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bagi siri 2011, yang merupakan tempat popular untuk kursus bagi Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Peserta kursus kali ini didedahkan dengan strategi dan kemahiran pengurusan PPDa di sekolah, peranan SU PPDa dan Kaunselor di sekolah. Selain daripada itu peserta juga didedahkan dengan tatacara menangani kes penyalahgunaan dadah di sekolah, pelaksanaan program PPDa di sekolah, pemantauan dan pengurusan fail PPDa.